SAMBUTAN HARI LAHIR LADYBOSS FOR U SKINCARE
Assalamualaikum kesayangan Kak Min. Korang apa khabar? Kak Min harap korang sihat sentiasa. Jaga diri tau. Kalau tidak ada keperluan, tidak perlu keluar. Kecuali untuk perkara yang betul-betul penting. Sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya.
Okay guys. Sebelum Kak Min mula berceloteh dengan korang, Kak Min ingin mengucapkan Selamat hari Lahir buat Mem Ains Hanafi yang kebetulan jatuh pada hari ini iaitu 23 Ogos 2021. Kak Min dan semua Squad Team For U doakan agar Mem Ains Hanafi sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Semoga Mem kesayangan Kak Min ini diberikan kekuatan yang luar biasa untuk mencapai apa jua impian dan cita-cita yang diingini, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa bahagia dunia dan di akhirat, dan Mem dapat capai keinginan untuk melebarkan lagi sayap D Ains Beauty Empire Sdn Bhd sehingga dikenali di seluruh pelusuk Malaysia dan Insha-Allah ke seluruh pelusuk dunia. Kak Min dan semua agent di bawah D Ains Beauty Empire Sdn Bhd akan sentiasa menyokong dan menjadi tunjang utama Mem dalam apa jua perkara yang mem ingin lakukan. Kami semua tahu banyak perancangan Mem ingin lakukan demi anak didik Mem. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua jasa baik Mem.
Alhamdulillah, sambutan hari lahir mem kali ini disambut dengan suasana yang sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Stay tune guys. Stay safe tau korang. Sama-sama kita amalkan SOP yang telah ditetapkan. Kita jaga kita. Sama-sama kita doakan agar wabak Covid 19 berakhir secepat mungkin dan kita bebas daripada wabak yang berbahaya ini.




Comments
Post a Comment