CORETAN BANGKIT UNTUK BERJAYA BY MEM AINS HANAFI

Assalamualaikum. Selamat Petang kesayangan Kak Min. Korang apa khabar? Jaga kesihatan. Jaga diri.

Kembali lagi bersama Kak Min. Korang jangan boring ya. Insha-Allah, jika berkelapangan, Kak Min akan sentiasa update blog ini.

Okay. Content pada kali ini, Kak Min nak share dengan korang mengenai latar belakang syarikat kami. Korang pernah dengar tak nama D Ains Beauty Empire Sdn. Bhd? 



Pernah? Kalau ada yang pernah dengar dan tahu mengenai syarikat ini, Alhamdulillah. Kalau ada yang tak tahu dan tak pernah dengar, tak ada masalah. Kak Min akan story mory lebih lanjut untuk posting kali ini.

Untuk pengetahuan semua, D Ains Beauty Empire Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada  19 SEPTEMBER 2018 oleh seorang wanita yang sebelum ini juga mempunyai masalah kulit sama seperti korang di luar sana. Ia telah ditubuhkan oleh seorang wanita yang mempunyai satu visi dan misi untuk membantu anda agar tidak merasai apa yang pernah beliau alami sebelum ini. Sebelum ini, beliau sering menjadi bahan kutukan dan hinaan masyarakat. Sentiasa mengalami tekanan emosi dan tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Dari seorang suri rumah kini berjaya menjadi seorang business women yang mampu menjana income lebih daripada RM300,000.00 sebulan. Kak Min sangat berbesar hati untuk berkongsi kisah mengenai Founder kesayangan Kak Min iaitu Mem Ains Hanafi.






"Tiada kehidupan tanpa kegagalan. Tiada kemenangan tanpa tangisan"

Masalah utama yang dialami oleh wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas terutamanya kepada mereka yang sudah berumah tangga adalah penampilan diri. Suri rumah masa kini perlu menitik beratkan mengenai soal ini kerana ia berkait rapat dengan permasalahan yang akan atau sedang dialami oleh pasangan suami isteri. Perkara yang paling ditakuti dan digeruni oleh semua wanita adalah konflik dalam rumah tangga. Begitu juga si suami. Tiada siapa yang mahu rumah tangga yang dibina bergolak dan bermasalah. Tetapi sebagai pihak yang terlibat, apakah tindakan yang perlu dan wajar untuk kita ambil bagi mengelakkan perkara tersebut?




Banyak kita dengar cerita mengenai suami mempunyai perempuan lain di luar sana dan juga ada yang sanggup berpoligami. Antara faktor si suami sanggup berbuat demikian adalah disebabkan penampilan isteri yang sudah tidak menarik seperti dulu. Wanita zaman sekarang yang bergelar isteri juga perlu bangkit dan cuba mencari sesuatu untuk diri sendiri seperti membuat bisnes online. Sebab utama kita sebagai wanita perlu berbuat demikian adalah yang pertama dapat mencantikkan diri sendiri. Selain itu, kita juga dapat menjana income tanpa mengharapkan bantuan suami. Bukan itu sahaja, paling penting sebagai wanita kita dapat membuat persediaan awal jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti perceraian. 

Jadi, inilah impian dan matlamat utama mengapa Mem Ains Hanafi berhasrat dan mahu membantu wanita di luar sana untuk tampil cantik demi suami dan juga dalam masa yang sama dapat menjana income bersama For U Skincare. Lebih-lebih lagi dalam keadaan musim sekarang iaitu Pandemic Covid 19. Benar, kata orang tua, dugaan hidup dan cabaran manusia tidak sama. Tetapi yang penting perkara yang perlu kita pelajari adalah cara untuk menyelesaikan masalah dan bagaimana persediaan mental untuk kita menghadapinya.




Follower Kak Min yang berdekatan dengan Bandar Machang, Kelantan dan kawasan sekitar, boleh datang ke Butik For U Mem Ains Hanafi untuk mendapatkan pelbagai jenis produk keluaran D Ains Beauty Empire Sdn. Bhd. Juga kepada follower yang jauh jangan risau. Korang boleh contact admin HQ untuk dapatkan produk kami. Admin kami akan pos kepada anda. Selain itu, anda juga boleh dapatkan dengan agent-agent For U yang berdekatan dengan kawasan anda. Okay guys. Panjang lebar story Kak Min kali ini. Tapi tidak apa kerana ini semua ilmu dan perlu dikongsi kepada anda semua. Untuk posting seterusnya, Kak Min akan share mengenai semua produk keluaran Mem Ains Hanafi dan juga mengenai kebaikan produk tersebut. Insha-Allah. Perkongisan Kak Min dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk keluaran kami. Dan Kak Min juga sangat berharap agar kisah Founder Kak Min ini dijadikan iktibar dan teladan untuk korang di luar sana untuk berjaya seperti Mem Ains Hanafi.

Stay tune guys. Stay safe guys. Kak Min akan kembali menemui korang.

๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’– 







Comments

Popular posts from this blog

SERBUAN FARMASI KE HQ D AINS

DROPSHIP WANTED

TESTIMONI